Program Mari Mengenal Komputer Anda Dan Taklimat Kdb

19 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2020, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam dengan kerjasama Tabika KEMAS (Jakoa) Darul Nasuha telah mengadakan Program Mari Mengenal Komputer Anda dan KDB selama 2 jam. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tabika tentang pembelajaran online yang lebih mudah dan menyeronokkan.Mareka juga turut diperkenalkan dengan setiap peralatan yang terdapat pada komputer.

Pada akhir kelas, para peserta berasa seronok dan teruja dengan aktiviti yang dianjurkan oleh kami. Para peserta juga dapat menanamkan sikap ingin tahu di dalam diri mereka melalui penyertaan setiap aktiviti yang dirancang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali